BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, November 6, 2010

penentu segalanya - "all the best in final exam"



esok aku akan menghadapi peperiksaan akhir......hope dpt la jwb setelah semester ini aqu berusaha untul lebih baik dari semester lepas....harap apa yang aku dah lalui satu sem ini baik-baik belaka..insyaAllah...",)

aku tidak akan menghampaka harapan orang yang aku sayang family aku yang ingin melihat kejayaan aku lepas ni.....

aqu ingin membalas jasa susah payah diorang selama ini yang telah banyak berkorban untuk aku..kini masa aku membalas apa yang diorang dah lakukan.......

"ampun dan maaf ak pinta if ada yang terasa ati,terlepas kata,maafkan aku,kadang2 ada perbuatan yang aku tak sedari.....
aku insan biasa yang tak lari dari kesilapan.....

terima kasih pada rakan-rakan yang tolong aku dalam pelajaran jasa anda semua tidak akan kulupakan.....semoga korang juga berjaya dalam hidup...

"permudahkan segala urusan ku"


~~selamat menjawab~~
"best of luck

final exam s2'2010
place: unikl BMI

salam sayang:
nnd@anadhieyana


Kawan sejati







dalam hidup ini kita tak boleh keseorangan..perlukan teman..orang kata teman lebih bererti dari cinta. benar ke? susah aku nak jangka.. ada kawan yang menikam, ada yang ok dan ada yang ko..aku ada orang kata tak sesuai untuk dijadikan teman sejati..sedihnya hati aku..aku telah sedaya upaya jadi teman sejati. tapi kawan kata aku macam itu lak..macamana nak jadi seorang sahabat yang sejati...perlukah kita ketepikan segala demi sebuah persahabatan....demi menjaga hati seorang sahabat...bantulah aku menyelesaikan agar aku disenangi oleh semua orang...agar tidak ada teman yang mengutuk depan ataupun belakang..

Tanya saja kepada anak remaja hari ini, "adakah anda memiliki seorang kawan? " Tentunya ramai yang menjawab: "Ya... saya punya banyak kawan."
Pada hakikatnya, hampir semua manusia memiliki kawan, bahkan seorang pengganas yang kejam pun memiliki ribuan kawan yang membantunya menjalankan misi kejinya.


Akan tetapi apakah kawan anda yang selalu mengekori anda kemana jua anda pergi merupakan kawan sejati anda? apakah mereka yang selalu menemani anda menonton filem, jenis yang suka dikala suka dan duka dikala duka? Atau rata-rata hanya mahu suka-suka saja?
Kawan sejati merupakan seseorang yang memahami perasaan kawannya terutama apabila dilanda rasa duka.


Saya yakin diantara ribuan kawan yang anda miliki didalam lautan persahabatan, hanya sedikit saja diantara mereka yang memahami perasaan gunda anda. Apa lagi yang masih duduk disamping anda, menemani anda, ketika airmata anda menitis. Sesungguhnya, sukar bagi manusia untuk memahami perasaan orang lain, kecuali dia mengenali diri.


Kawan sejati juga merupakan seseorang yang masih ada apabila semua kawan anda tiba-tiba lenyap daripada pandangan mata. Memang sukar mencari kawan sejati diantara ramai yang selalu menemani anda bermain-main kejar2an dipadang dan sebagainya.


Namun ketika bola yang anda campakkan meluru memecahkan jendela kaca rumah tetangga , kiralah berapa banyakkah anak-anak yang turut menemani anda ketika anda dimarahi dan ikut menyokong (mendokong) anda menggantikan jendela kaca yang telah pecah itu?


Sesungguhnya mereka yang tersisihlah yang merupakan kawan anda yang sejati. Adakah mereka yang selalu akur dengan anda dan selalu sejalan dengan pandangan anda ialah kawan sejati anda?


Seorang penulis, dalam bukunya pernah berkata: "Saya tidak perlu seorang kawan yang berubah ketika saya berubah dan mengangguk ketika saya mengganguk, karna sesungguhnya bayangan saya lebih mahir melakukannya."


Seorang kawan yang sejati bukanlah seseorang yang selalu bersetuju dan sejalan dengan anda tetapi seseorang yang selalu bersetuju dan sejalan dengan anda tetapi seseorang yang selalu memberi nasihat dan kritikan kepada anda apabila diperlukan.


Namun demikian, janganlah dia terus menekan anda dan membuat anda jadi binggung....Apabila anda memiliki seorang kawan sejati, berusaha untuk menjadi kawan sejatinya jua. Perlakukan dia dengan baik, sebagaimana dia memperlakukan anda dengan sebaik-baiknya.


Mencari kawan sejati sukar daripada mencari setitis air dipadang pasir.maka, penting bagi kita untuk mengeratkan tali persahabatan kita dengannya demi mewujudkan persahabatan yang abadi .


Jangan memperbesarkan perkara yang kecil. Lupakan sahaja bak angin lalu. Ingat selalu kebaikkan-kebaikkan yang telah dia berikan, seperti mengingat dimana anda menyimpan wang. Namun lupakan kebaikkan-kebaikkan yang pernah anda berikan kepadanya.


Oleh itu cari kawan sejati kerana kawan sejati melahirkan persahabatan yang abadi. Dan persahabatan abadi sesungguhnya merupakan erti persahabatan yang sebenar...



dear Lover*****



Cintamu Yang Kurasa
Walau Tak Terucap Smakin Dalam
Cintamu Tlah Terukir
Di Batas Cintaku Selamanya

Tak Pernah ku Mencoba
Lepaskan Cintamu Walau Sesaat
Sejujurnya Diriku Terlalu Sayang Padamu
Kuingin Slalu Dalam Cintamu

dan Tiada
Yang Kan Memisahkan Selamanya
Cintamu Yang Terlintas
Terbias Matamu Slama Ini

Adakah Di Hatimu
Terbesit Satu Harapan Untukku
Tuk Berjanji Selamanya Kan Selalu Milikku
Satu Cinta