BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, February 15, 2013

NeW LiFe!!!




Tuesday, March 27, 2012

saje- saje singgah;p

Dah lama wase x singgah sini....pilu jer lihat laman gua ni.....huhu3..
kabare semua....hope sihat semua2..
ape2 pun sbnrnya x de bende pun nk kongsi 
hmm.......cuti yg lepas teringat kawan2 baik gua yg dah kawen...pd iera dan ruqiyah congrat'z u all..hope happy always and menjadi isteri yg solehah dan x sabaq nk tgk kowang cepat2 de anak....hehe...
sbg teman nad kt sini tumpang gembira buat both of u....'Selamat pengantin Baru"



Friday, January 13, 2012

Datang dan Pergi??

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 
Assalammualaikum......
Sepanjang hidup kita, tidak terkira insan-insan yang hadir dan yang pergi. Ada yang hadirnya hanya seketika seperti bayu. Dia datang dan pergi begitu sahaja tanpa terkesan apa-apa dan mungkin kita tidak perasan pun akan kehadirannya, begitu juga dengan dia.
Ada pula yang datang dan begitu setia dengan kita tetapi kita tidak rasa pun kepentingan dirinya untuk terus bersama kita. Malah kadangkala mungkin kita rasa lebih baik dia tidak wujud daripada dia tidak memberi apa-apa manfaat untuk kita sehinggalah dia pergi buat selama-lamanya.
Ketika itulah baru kita rasa betapa dia sangat penting untuk kita. Pada masa itu, baru kita perasan kebaikan yang dia pernah buat untuk kita atau untuk insan-lain lain di sekeliling kita.
Pada masa itu juga, sudah tidak guna kita menangis kekesalan kerana tidak menghargai kewujudannya. Hanya doa dapat kita hadiahkan agar dirinya dirahmati di alam sana.
Ada pula yang sentiasa di sisi kita. Di saat kita susah dan juga senang. Dia sanggup buat apa sahaja untuk kita. Namun bagi kita, dia tidak lebih daripada tempat untuk meluahkan perasaan, tempat yang kita cari apabila menghadapi masalah tetapi di saat kita bahagia atau berjaya, kita seakan-akan terlupa akan kewujudannya.
Namun dia masih setia. Bila-bila masa sahaja kita cari dia, dia pasti ada untuk kita tetapi kita perlu tahu, dia juga manusia. Mungkin dia pernah makan hati dengan sikap kita. Cuma di hadapan kita, dia mungkin cuba sembunyikan perasaan itu sebaik mungkin.
Seandainya kita masih dungu, tidak mustahil suatu hari nanti dia akan membawa diri meninggalkan kita. Oleh itu, hargailah kewujudannya selagi mana dia masih di sisi kita.
Ada pula yang hadirnya berbeza dengan apa yang kita duga. Mungkin kita rasa dekat sangat dengannya membuatkan kita rasa mahu sahaja selalu bersama dengannya tetapi kita tidak tahu dalam hati dia mungkin dia rimas dengan kita. Kadangkala kita dapat capai dan genggam tangannya, tetapi belum tentu hati dia, kita dapat selami.
Mungkin kadangkala kita dapat melihat dia ketawa, tetapi kita tidak tahu apa makna disebalik senyumannya. Mungkin dia memang tidak suka berkongsi duka dengan sesiapa atau dia sememangya dia tidak percayakan kita.
Apabila dia menangis, kita ingat kehadiran kita dapat memujuknya, walhal kehadiran kita langsung tidak disenangi dan mungkin juga secara tidak sedar kitalah sebenarnya yang membuatkan dia menangis. Dalam keadaan seperti ini, kita perlu sedar, sebenarnya kehadiran kita banyak menyusahkan hidupnya. Kita perlu faham dia mungkin tidak sampai hati untuk memberitahu kita supaya meninggalkannya dan jangan menyusahkan hidupnya.
Ada juga yang hadirnya memberikan sinar dalam hidup kita. Apabila berada bersamanya kita rasa begitu tenang dan kita rasa tidak mahu berpisah dengannya. Kita sanggup lakukan apa sahaja agar dapat bersamanya. Kita jaga hati dia agar dia tidak terluka. Kita sanggup jadi tempat dia meluahkan segala masalah dia.
Kadangkala kita sendiri tidak sedar yang kita telah menjadi seorang yang sangat baik apabila bersama dengannya tetapi akhirnya, tanpa sebarang sebab, tiba-tiba kita ditinggalkan. Kadangkala kita langsung tidak faham dan tertanya-tanya, kenapa kita ditinggalkan?
Kita rasa kita sudah lakukan yang terbaik untuknya tetapi masih ditinggalkan. Kesannya mungkin sangat mendalam kerana kehadirannya benar-benar bermakna dalam hidup kita. Dalam keadaan ini, kita mungkin akan berubah sepenuhnya. Hati kita cukup terluka sehingga tidak sanggup untuk membuka hati kita untuk kehadiran insan lain.  Kita juga tidak akan mendengar apa sahaja nasihat daripada insan-insan lain di sekeliling kita, hanya masa yang dapat menyembuhkannya.
Ada pula yang hadirnya menyembuhkan luka kita. Hadirnya banyak memberi sokongan dan dorongan kepada kita agar meneruskan kehidupan. Dia umpama pakar kaunseling untuk kita. Dia banyak mengingatkan kita, menyedarkan kekurangan kita dan mengubah tabiat buruk kita yang mungkin menjadi penyebab kenapa kita ditinggalkan.
Secara tidak sedar, kita sudah pulih daripada luka lama di atas nasihat dan sokongan darinya. Pada pandangannya, mungkin dia ingat kita sudah boleh berdiri sendiri dan mungkin dia rasa kita dah betul-betul pulih. Lalu dia meninggalkan kita.
Bagi kita pula, selama ini kita harapkannya akan terus bersama dengan kita. Kita hanya kuat apabila dia ada bersama kita, sedangkan dia tidak tahu sebenarnya segala kekuatan dan ketabahan itu ada bersamanya. Apabila dia pergi, maka hilanglah kekuatan itu dan kita terus mencari diri. Terasa sudah tidak percaya lagi kepada sesiapa pun, terasa ingin hidup sendiri, berdikari dan tidak mahu bergantung hidup pada sesiapa pun.
Tanpa kita duga atau tanpa kita harapkan ada pula insan yang sebelum ini pernah meninggalkan kita kembali semula ke pangkuan kita. Namun hati kita sukar kita fahami. Mungkin dengan senang hati kita dapat terima dia semula atau mungkin juga kita tidak dapat terima dia kerana sememangnya kita tidak pernah maafkannya kerana meninggalkan kita.
Dalam hati kita meraung dan bertanya, kenapa baru sekarang, bukan tiga atau empat tahun dahulu?
Mungkin juga hati kita dah tersangat keras atau sudah mati. Hati kita sudah tidak dapat terima dia lagi walaupun kita sudah memaafkannya lama duhulu. Mungkin juga dengan kehadirannya semula membuatkan hati kita yang masih berparut kembali terluka kerana dengan kehadirannya menjadikan kita ingat semula kedukaan lalu yang sebelum ini sudah terpadam dalam memori hidup kita.
Begitulah rencah dunia, kita tidak akan tahu siapa kawan dan siapa lawan sehinggalah sampai satu masa kita jatuh. Adakah tangan itu akan menghulurkan bantuan atau kita akan ditinggalkannya.
Kita tidak perlu risau memikirkan tangan mana yang akan menghulurkan bantuan dan tangan mana yang akan berpeluk tubuh dan seterusnya meninggalkan kita di saat kita sangat-sangat memerlukannya kerana apabila kita ikhlas menghulurkan tangan tidak kira kepada sesiapa pun, pasti akan ada tangan lain yang akan menghulur di saat kita memerlukan biarpun tangan tersebut bukanlah tangan yang pernah kita bantu dahulu.
Oleh itu, lebih baik kita bersifat ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripada manusia. Berharaplah hanya untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T.
Kita juga perlu sentiasa ingat, hidup kita sentiasa berputar. Jika kita pernah meninggalkan seseorang atau melukakan hati seseorang, tidak mustahil kita juga akan dilukai dan ditinggalkan suatu hari nanti dan mungkin kita akan dapat yang lebih teruk daripada apa yang pernah kita lakukan pada orang lain.

p/s:
kita manusia, dia juga manusia...rambut sama hitam, hati siapa tahu?
kawan semasa gembira tak semestinya teman ketika duka..
apapun watak insan yang pernah hadir dalam kehidupan kita, usah dipersoalkan..
paling penting adalah hadirnya pernah mewarnai kehidupan kita...dan.
semoga kita juga pernah menjadi penyeri lakaran hidupnya...juga
kita perlu tahu  bukan senang hendak menjadi yg terbaik, tetapi berubahlah menjadi lebih baik..maafkanlah org yg cuba tinggalkan kita, mungkin ada sebab kenapa dia meninggalkan kita..mungkin dlm persahabatan, kita terlalu mementingkan diri sendiri sehingga melukakan dia yg setia,, dia pergi tanpa kata kerana tidak sanggup menyatakan perkara yang benar..bukan senang hndak mencari yg SEMPURNA..kerana sifat SEMPURNA hanya dimiliki oleh ALLAH S.W.T..oleh itu, hendaklah kita ikhlas dlm membuat sesuatu perkara, hanya denga ikhlas kita dpt mendekatkan diri kepada ALLAH..dan dengan ikhlaslah kita akan mendapat keredhaan ALLAH S.W.T..

Sunday, January 8, 2012

Di Sebalik "Takkan Perigi Cari Timba" dan "Dont Be A Man Seeker"

Dua ungkapan berbeza bahasa, namun mempunyai satu makna yang sama, menjadi kebiasaan diungkapkan oleh para remaja terutamanya dari golongan wanita apabila berkaitan dengan pencarian jodoh. Hampir semua golongan kaum hawa memegang kukuh ungkapan ini, kononnya bagi menjaga air muka dan maruah mereka, ibarat menggenggam sesuatu barang takut mudah diragut orang
Namun begitu, sejauh mana kebenaran ungkapan ini, terutama jika dikaitkan dengan hukum syara’ itu sendiri. Penulis terpanggil untuk bersama-sama berkongsi satu pandangan dan cadangan pembetulan berdasarkan pembelajaran, pembacaan dan rujukan yang telah dilalui untuk memeriahkan lagi suasana perkongsian ilmu dan maklumat melalui laman sesawang yang mana telah menjadi satu medium paling popular bagi mendekati para remaja.

 Berbalik kepada ungkapan berbunyi “Takkan Perigi Cari Timba”, jika difikirkan secara logik, sama ada perigi mahupun timba, masing-masing bukanlah sesuatu yang mampu bergerak dengan sendiri kecuali didatangkan oleh makhluk yang mempunyai kaki dan tangan untuk menggerakkannya. Seseorang yang ingin mandi di perigi perlu membawa timba yang bertali untuk menceduk air yang jauh di dasar perigi. Justeru, tiada istilah perigi mencari timba atau timba mencari perigi, yang sebenarnya dengan adanya keinginan untuk mendapatkan air, barulah timba dibawa ke perigi.

Realiti ini menerangkan kepentingan kemahuan dan keinginan untuk menjayakan sesuatu keadaan, bak kata pepatah “Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan!”, bukan sekadar mencipta 1001 alasan, dan mengharapkan penyelesaian jatuh ke ribaan.
Seterusnya, dibuktikan kesilapan terlalu berpegang kepada ungkapan tersebut melalui satu dalil iaitu daripada Hadis Nabi SAW yang disebut dalam Sahih Bukhari (No. Hadis 4726) yang mana tidak boleh diragui lagi kesahihan jalan periwayatan hadis ini.

Daripada Marhum b. Abdul Aziz telah berkata: aku telah mendengar Thabit Al-Bunaniyy telah berkata: Aku pernah berada di sisi Anas, di sisinya (yakni Anas) seorang anak perempuan miliknya. Anas telah berkata: Seorang perempuan telah mendatangi Rasulullah SAW menawarkan dirinya (untuk berkahwin) kepada Rasulullah SAW dengan berkata: Ya Rasulallah, adakah kamu tidak berminat kepadaku? Maka anak perempuan Anas telah berkata: Betapa sedikitnya malunya (Tak Malunya Perempuan itu), Aduh, Malunya! Malunya! (Anas) telah berkata (kepada anak perempuannya): Dia (Perempuan itu) jauh lebih baik darimu! Dia menginginkan (mencintai) Nabi SAW, maka dia menawarkan dirinya kepada Nabi SAW (untuk dikahwini oleh Nabi SAW).
Al-Imam Al-Bukhari meletakkan hadis ini di dalam satu bab khas yang disebut:

بَاب عَرْضِ الْمَرْأَةِ نَفْسَهَا عَلَى الرَّجُلِ الصَّالِحِ

 “BAB SEORANG WANITA MENAWARKAN DIRINYA (UNTUK BERKAHWIN) KEPADA LELAKI SOLEH”.

 Oleh hal yang demikian, melalui dalil yang disebut dan penamaan bab ini (sebagaimana disebut oleh Imam Al-Bukhari melalui ijtihad feqahnya), jelas membuktikan kesilapan yang teramat besar bagi seseorang yang memegang kukuh ungkapan “Takkan Perigi Cari Timba”.
  Malah Sirah Nabawiyyah juga telah membuktikan bahawa Khadijah (Isteri yang Paling dikasihi oleh Nabi SAW) melamar Nabi SAW sebelum Baginda diangkat menjadi nabi lagi melalui seorang perantara. Adakah ini dikatakan Perigi Cari Timba?
    Jika ada yang memberi alasan: “Ish..itu Nabi SAW, siapalah kita nak disamakan dengan baginda SAW?!” . Jawapannya mudah, Nabi SAW diutuskan untuk kita sebagai umatnya menjadikan Role Model (PeribadContoh), sebagaimana FirmanNYA:

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ
لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيراً

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri (contoh) teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah”.
(Surah Al-Ahzab, 21)

  Hal ini jelas menolak dan membatalkan ungkapan yang sepatutnya tidak dipegang secara kuat oleh golongan wanita, terutama pada zaman yang mana bilangan wanita semakin ramai berbanding lelaki, mungkin dek kerana wanita semakin berpelajaran tinggi, berpangkat tinggi sehingga menimbulkan rasa malu dan rendah diri seseorang lelaki yang baik untuk melamar wanita tersebut. Oleh itu, tiada salahnya, jika seorang wanita mendapati seorang lelaki yang baik akhlaknya bukan sekadar melalui pandangannya, bahkan orang ramai di sekelilingnya turut mengiktiraf ke”soleh”annya, untuk melamar lelaki tersebut bagi dirinya dengan secara batasan yang terkawal (disarankan mengikut cara yang telah ditunjukkan kisah Khadijah melamar Nabi SAW sebagaimana telah diterangkan di atas.

Firman Allah dalam Surah An-Nur, ayat 26:

الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ أُوْلَئِكَ مُبَرَّؤُونَ مِمَّا يَقُولُونَ لَهُم مَّغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)”.
 
Dalam ayat ini,Allah meletakkan dua cara, iaitu sama ada َالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik atau وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik
Hikmahnya untuk kita sama-sama berfikir, tidak semestinya lelaki yang memilih perempuan, bahkan perempuan juga dibenarkan memilih lelaki sebagai pasangan hidupnya, yang mana diikhlaskan dan disucikan melalui istikharah, memohon petunjuk keputusan terbaik dariNYA, bukan semata-mata dari pandangan kita yang pasti banyak khilafnya dek kerana maksiat dan dosa kita.

Wallahu’alam.

 Dalam memilih jodoh, memang benar ia adalah satu ketentuan, namun tawakkal sahaja tanpa usaha, ibarat menanam padi tanpa proses penuaian, menunggu hasil datang dengan keajaiban, itu bukanlah sunnah orang beriman!~
Usaha perlu ditingkatkan, istikharah perlu diteruskan, tawakkal perlu digandingkan, agar lengkap satu kewajipan, diri kita sebagai orang yang beriman!~

Thursday, January 5, 2012

"..Love is a never ending feeling.."



Rasa cinta kepada yg SATU rasa cinta kepada manusia rasa cinta kepada benda2 sekeliling kita tak pernah surut kan?makin hari makin cinta hehe ^^"
"..Bukan mudah untuk membina sebuah cinta yang kukuh dan bukan senang untuk meruntuhkan sebuah kasih sayang yang terbina, kerana banyak airmata yang terkorban untuk sampai ke pelabuhan cinta..dan ianya tidakkan mungkin kering kerana cinta itu adalah jiwa dan jiwa adalah airmata suka dan duka.."

Aku mengerling malu..
Mencuri pandang wajahmu kasih..
Senyumanku tersembunyi di sebalik hati..
Menitip rasa dibuai rindu yang menggebu..
Membiarkan angin dan bayu menyapa wajahmu..
Kerana membawa khabar dariku..
Memberi pesan pada angin yang bertiup itu..
Sampaikan rasa rinduku padamu..
Sampaikan rasa kasihku padamu..
Sampaikan rasa cintaku padamu..
Sampaikan salamku wahai sang bayu...
Kerana rindu ini tidak tertanggung oleh hatiku..
Ia terlalu lebih untuk dirimu..
Dan ia terlalu sarat rasa itu..
Aku duduk membisu..
Dalam hatimu..
Kerana aku tidak mahu bicaraku..
Akan membuatkan aku hilang rasa malu..
Aku hanya ada rasa rindu..
Aku hanya ada rasa cinta..
Kerana..
Aku hanya ada kamu selamanya..
Dihatiku........♥ 
 

Sunday, October 2, 2011

'Awek' Zaman Sekarang


 Zaman sekarang bukan main mudah nak dapat 'awek'. Umpama petik jari sahaja dah boleh dapat. Masakan tidak? Kenyit-kenyit mata sikit, bomkan ayat-ayat cinta sikit, 'confirm' dah boleh dapat.
Zaman sekarang bukan main mudah untuk dapat 'awek muslimah'. Mungkin tidak semudah petik jari tetapi kalau bijak bermain kata, cuba ucapkan ayat-ayat berbaur keinsafan sikit, tunjuk gaya penampilan yang nampak alim sikit, ucapkan kata-kata tazkirah 'confirm' dah boleh dapat.
Haih! Inilah yang terjadi apabila terlalu kerap disajikan program-program televisyen (drama/ realiti tv/ filem) yang konon-konon berbentuk keagamaan tetapi banyak yang tidak mengikut syariat.
Bagaimana boleh watak seorang ustaz dipaparkan sedang bercinta dengan seorang wanita 'alim'?  Dan bagaimana pula sekumpulan pelajar Mesir yang ditunjukkan dalam sebuah drama pergi melancong berempat (dua lelaki dan dua perempuan) bersama-sama seolah-olah mereka tidak tahu bahawa perkara-perkara begitu boleh menimbulkan fitnah? (kerana bukan urusan penting)
Patutlah segelintir remaja yang tidak memahami konsep bercinta 'cintun' menganggap bahawa 'couple' itu dibenarkan dalam Islam asalkan tidak pegang tangan dan bersentuhan cukuplah untuk perkara itu menjadi halal.
Tetapi, zaman sekarang bukan main payah untuk kita jumpa dan miliki hati Muslimah Mujahidah Solehah, kerana mereka ini bukan sebarang wanita.
Mereka ialah wanita-wanita yang berpegang pada prinsip hidup! Bagi mereka ketegasan terhadap kaum Adam itu adalah satu mutiara dalam hidup mereka, sifat manja (gedik) terhadap kaum adam yang ajnabi langsung tidak akan wujud dalam diri mereka!
Inilah contoh Muslimah Mujahidah Solehah! Jadi, wahai kaum hawa buatlah pilihan untuk berada di golongan wanita yang bagaimana. Saya yakin! Anda sudah mampu berfikir yang baik dan buruk tentang sesuatu perkara.

Saturday, August 20, 2011

LailatulQadar di 10 Malam Terakhir


“Dimalam itu (Lailatul Qadr) malaikat dan ruh turun dengan izin Tuhan mereka …” (Al-Quran). Pernah dimalam itu Al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia, Baitul Izzah. ...

Ramadan 1429H/2008M semakin berakhir. Mukmin sejati semakin menggiatkan ibadah mereka khususnya di seluruh 10 malam terakhirnya, yakin pahala di salah satu dari malam-malam tersebut digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan! Itulah malam Lailatul Qadar. Pada 10 malam tersebut, demi berebut untuk mendapatkannya, Rasulullah saw mengasingkan dirinya dari isteri-isterinya, beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, beribadah dan bermunajat kepada Allah swt sambil diikuti oleh para Sahabat ra.
Firman Allah swt bermaksud, “Sesungguhnya Kami menurunkan (Al-Quran) dalam malam Lailatul Qadr. Tahukah kamu apa itu malam Lailatul Qadr. Malam Lailatul Qadr lebih baik dari 1000 bulan. Malaikat dan ruh turun pada malam itu dengan izin Tuhan mereka dalam semua urusan. Salam (sejahtera) malam tersebut hingga naik fajar” (Al-Quran).
Diantara ibadah-ibadah yang boleh dilakukan semasa Qiyamullail di malamnya dan Iktikaf di siangnya ialah puasa fardhu, berbuka, solat Tarawih, tilawah Al-Quran, berdoa, zikir, istighfar, memuhasabah diri, merancang untuk amalan diri, keluarga dan Dakwah dan sebagainya.
Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadr :
  1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata, tidak untuk kesibukan lain.
  2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan  kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah swt dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk “Hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera” (Al-Quran).
  3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk Iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah Iktikaf dan Qiyamullail 10 Malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.
  4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.
  5. Jika anda bekerja dibawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu 27/9/2008 dan Ahad 28/9/2008.
  6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.
  7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal, sebelum 10 Malam Terakhir, agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.
  8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai kearah perubahan tersebut.
Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Ameen.
“Sesiapa yang tidak peduli urusan umat Islam, dia bukan dari kalangan mereka” (Hadis)