BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, November 10, 2010

Dolu-Dolu







Alkisahnye dolu-dolu zaman tadek blog lagi, ni laa hobi aku time dirundung duka ke, bosan teramat ke. Dah lama giler tak melukih since then! Dah tak datang2 dah mood n ilham nak melukih cam dulu huhu.

Aku mmg tak kreatif, tapi aku tere meniru. Maka tu la aku rasa amat cocok skali ngan dunia pemportretan sal mmg kene tiru bulat2 kan... Heh heh.

Ok, so ni gambar yg aku lukis gune Paint and touch up gune Corell Draw ke Adobe PhotoDeluxe tah time tu. Time tu manalaaa tau gune pen tool ke, work path ke cam Photoshop skang. Gune 'brush' je, exactly cam melukis pakai tangan, tapi ni pakai mouse ah. Gigihnye beta... So ini je la yg terhasil.

**rindunya saat2 dulu-dulu kala...my collection bnyk yg dh hilang.......
sekarang dh x de masa nk lukis2 lg dh...**



"tangan yang tak duduk diam"


~~hobi masa lapang~~~





nak kata kreatif tu x dak lah sgt....memang dr azali suke melukis........





suka berimiginasi.......dan pantang nampak kertas kosong......dr niat nk wat nota aleh2 inilah hasilnya.......

walaupun x cantik tapi hati puas dan inilah cara saya melepaskan stress...dan cara untuk release tension...


~~happy ending~~


cuti ni banyak sungguh invitation dr org.....
tahniah pada member2 yg akan mendirikan rumah tangga hope berkekalan dan bahagia hingga ke akhir hayat....dan cepat tambah family tue....hehehe...
kalo de rezeki and umur panjang insyaAllah akan ku hadirkan diri ini
sentiasa mendoakan kebahagiaan kawan-kawanku semua


"seronoknyer dapat makan nasi minyak korang......."

selamat pengantin baru.......


Hati ini.........~~~


sebagai manusia...kita sering menagisi....bila cinta hilang...rasa seperti sudah tiada nilai perjuangan....terasa terbeban...kerana tiada teman...yang dulu menjadi tunjang untuk bermanja...dan berkOngsi cerita....itulah sebahagian cinta dunia...

tapi kiter sering lupa...tujuan perjuangan kiter yang sebenar...sebagai seorang khalifah atas dunia...hati kita senang terusik...tatkala hilang cinta...tapi jarang sekali terusik...tatkala kterlepas peluang mengadap-Nya...kita mampu menangis...tatkala kecewa...tapi telalu kontang...untuk tangisi dosa2 lama...saudari....guru pernah berpesan...3 ujian mukmin yang pasti...tahta...harta...wanita/jejaka....andai kamOo sudah kecundang utk ujian yang pertama ini...macammana pulak dengan 2 bentuk ujian yang akan datang....??bangun lah...kuat kan semangat...tabahkan hati...carilah dia....

tidak adil utk menyamakan semua lelaki sama mcm dia yg merosakkan perasaan saudari...kerana aku pOwn sama...pernah dimain2 kan oleh wanita....tapi 2 bkn pokoknya...yg pasti semua ada hikmah dan ini semua adalah sebagai satu persediaan...kamOo suatu hari nanti akan jadi pemimpin...pemimpin anak2...pengurus rumah tangga...so kene la tabah....allah uji kerana Dia sayang....percayalah...andai rase diri terlalu lemah...pergilah mengadap Dia...dia sentiasa ada...dan kasih dia tak pernah putus...walaupun sehingga nyawa terpisah dari jasad..... .



from my best frenz:

aque ingin kongsi ngan korang semua.....

manusia x semuanya sempurna.....

masing2 lakukan kesilapan....

apa pun terimalah seadanya.....


Saturday, November 6, 2010

penentu segalanya - "all the best in final exam"



esok aku akan menghadapi peperiksaan akhir......hope dpt la jwb setelah semester ini aqu berusaha untul lebih baik dari semester lepas....harap apa yang aku dah lalui satu sem ini baik-baik belaka..insyaAllah...",)

aku tidak akan menghampaka harapan orang yang aku sayang family aku yang ingin melihat kejayaan aku lepas ni.....

aqu ingin membalas jasa susah payah diorang selama ini yang telah banyak berkorban untuk aku..kini masa aku membalas apa yang diorang dah lakukan.......

"ampun dan maaf ak pinta if ada yang terasa ati,terlepas kata,maafkan aku,kadang2 ada perbuatan yang aku tak sedari.....
aku insan biasa yang tak lari dari kesilapan.....

terima kasih pada rakan-rakan yang tolong aku dalam pelajaran jasa anda semua tidak akan kulupakan.....semoga korang juga berjaya dalam hidup...

"permudahkan segala urusan ku"


~~selamat menjawab~~
"best of luck

final exam s2'2010
place: unikl BMI

salam sayang:
nnd@anadhieyana


Kawan sejati







dalam hidup ini kita tak boleh keseorangan..perlukan teman..orang kata teman lebih bererti dari cinta. benar ke? susah aku nak jangka.. ada kawan yang menikam, ada yang ok dan ada yang ko..aku ada orang kata tak sesuai untuk dijadikan teman sejati..sedihnya hati aku..aku telah sedaya upaya jadi teman sejati. tapi kawan kata aku macam itu lak..macamana nak jadi seorang sahabat yang sejati...perlukah kita ketepikan segala demi sebuah persahabatan....demi menjaga hati seorang sahabat...bantulah aku menyelesaikan agar aku disenangi oleh semua orang...agar tidak ada teman yang mengutuk depan ataupun belakang..

Tanya saja kepada anak remaja hari ini, "adakah anda memiliki seorang kawan? " Tentunya ramai yang menjawab: "Ya... saya punya banyak kawan."
Pada hakikatnya, hampir semua manusia memiliki kawan, bahkan seorang pengganas yang kejam pun memiliki ribuan kawan yang membantunya menjalankan misi kejinya.


Akan tetapi apakah kawan anda yang selalu mengekori anda kemana jua anda pergi merupakan kawan sejati anda? apakah mereka yang selalu menemani anda menonton filem, jenis yang suka dikala suka dan duka dikala duka? Atau rata-rata hanya mahu suka-suka saja?
Kawan sejati merupakan seseorang yang memahami perasaan kawannya terutama apabila dilanda rasa duka.


Saya yakin diantara ribuan kawan yang anda miliki didalam lautan persahabatan, hanya sedikit saja diantara mereka yang memahami perasaan gunda anda. Apa lagi yang masih duduk disamping anda, menemani anda, ketika airmata anda menitis. Sesungguhnya, sukar bagi manusia untuk memahami perasaan orang lain, kecuali dia mengenali diri.


Kawan sejati juga merupakan seseorang yang masih ada apabila semua kawan anda tiba-tiba lenyap daripada pandangan mata. Memang sukar mencari kawan sejati diantara ramai yang selalu menemani anda bermain-main kejar2an dipadang dan sebagainya.


Namun ketika bola yang anda campakkan meluru memecahkan jendela kaca rumah tetangga , kiralah berapa banyakkah anak-anak yang turut menemani anda ketika anda dimarahi dan ikut menyokong (mendokong) anda menggantikan jendela kaca yang telah pecah itu?


Sesungguhnya mereka yang tersisihlah yang merupakan kawan anda yang sejati. Adakah mereka yang selalu akur dengan anda dan selalu sejalan dengan pandangan anda ialah kawan sejati anda?


Seorang penulis, dalam bukunya pernah berkata: "Saya tidak perlu seorang kawan yang berubah ketika saya berubah dan mengangguk ketika saya mengganguk, karna sesungguhnya bayangan saya lebih mahir melakukannya."


Seorang kawan yang sejati bukanlah seseorang yang selalu bersetuju dan sejalan dengan anda tetapi seseorang yang selalu bersetuju dan sejalan dengan anda tetapi seseorang yang selalu memberi nasihat dan kritikan kepada anda apabila diperlukan.


Namun demikian, janganlah dia terus menekan anda dan membuat anda jadi binggung....Apabila anda memiliki seorang kawan sejati, berusaha untuk menjadi kawan sejatinya jua. Perlakukan dia dengan baik, sebagaimana dia memperlakukan anda dengan sebaik-baiknya.


Mencari kawan sejati sukar daripada mencari setitis air dipadang pasir.maka, penting bagi kita untuk mengeratkan tali persahabatan kita dengannya demi mewujudkan persahabatan yang abadi .


Jangan memperbesarkan perkara yang kecil. Lupakan sahaja bak angin lalu. Ingat selalu kebaikkan-kebaikkan yang telah dia berikan, seperti mengingat dimana anda menyimpan wang. Namun lupakan kebaikkan-kebaikkan yang pernah anda berikan kepadanya.


Oleh itu cari kawan sejati kerana kawan sejati melahirkan persahabatan yang abadi. Dan persahabatan abadi sesungguhnya merupakan erti persahabatan yang sebenar...



dear Lover*****



Cintamu Yang Kurasa
Walau Tak Terucap Smakin Dalam
Cintamu Tlah Terukir
Di Batas Cintaku Selamanya

Tak Pernah ku Mencoba
Lepaskan Cintamu Walau Sesaat
Sejujurnya Diriku Terlalu Sayang Padamu
Kuingin Slalu Dalam Cintamu

dan Tiada
Yang Kan Memisahkan Selamanya
Cintamu Yang Terlintas
Terbias Matamu Slama Ini

Adakah Di Hatimu
Terbesit Satu Harapan Untukku
Tuk Berjanji Selamanya Kan Selalu Milikku
Satu Cinta

Thursday, November 4, 2010

From My Heart!!!!!!!!!




Kenapa ianya sering terjadi dalam hidupku,aku x pinta ini semua ini berlaku.
Apakah salahku??
kadang-kadang aque terpikir mana silapnya dan puncanya....
sudah lama aku x pernah jatuh cinta,sejak hampir 3 thn lepas??
Apakah itu Cinta?
aku hampir kecundang dan jatuh dlm perhubungan....tapi semuanya mengajar aku erti hidup untuk lebih tabah dan sabar dlm apa yg terjadi...
Siapa itu lelaki sebenarnya???
aku hanya ingin menumpang kasih...dan cuba menjaga perhubungan itu..
Apa tujuannya untuk bercinta???
3 Tahun aku lupakan kisah cinta.....sebelum kumengenali dirinya kembali dan menerima seadanya....
namun semuanya hampa belaka.....

aqu ditinggalkan,bagaikan dipermainkan perasaan ini....
aqu kecewa dengan sikapnya....
harapan dia tak sama seperti yg lepas tp still same...
I really dispointed with you....
"aqu sentiasa berharap perhubugan yg dibina boleh pergi jauh..tapi itu semua sudah ketentuannya...

kau hadir kerana ditinggalkan.....
akhirnya kau kembali kpd nya dan aku kini seorang....
kau tidak pernah tanya bagaimana perasaan ku...
kau bahagia kini, aku???
aku tak pernah diduga berjumpa dengan mu...
gembira dapat mengenalimu.....
ak x pernah nyesal bila hati ni terpaut denganmu...
mungkin kita tiada jodoh....aku redha...

tapi aku juga ada hati dan perasaan....aku bukan boneka utk alt dipermainkan..aku juga manusia biasa...
apa yag terjadi sgt pahit utk ak telan....
apa gunanya engkau curahkan kasih sayang,tp sebenrnya itu semua palsu...
mungkin apa yg terjadi antara kita lepas ni..buat aku lebih matang...

aku mahukan kejujuran,keikhlasan,keprcayaan dlm dirimu...
tp kamu telah buat aku hilang rasa untk mempercayai dirimu...sebaliknya kau menghancurkan semuanya....
sampainya hati kau buat diri ku begini...
hinakah aqu..???

mulanya kau marah bila aq ditinggalkan olehnya dulu....tp kau pun sama??
pandai kamu berlakon..knp aqu tak pernah menyedarinya...
bila kau sunyi kau cr aqu,tp bila kau senang kau tinggalkan aqu..
mudah sungguh hidup kamuuu...

kini aqu kenal siapa sebenarnya kamu...
aqu terima apa yg terjadi mungkin ada hikmah sebaliknya...

pesanan: aqu harap kau tak akan musnahkan perasaan org lain sepertimana yg terjadi dlm hidupku...

"luahan hati"
ikhlas~~nadia~~

cintailah kerana Allah S.W.T