BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, February 23, 2011

Pra Kelayakan OLIMPIK 2012

bravoo harimau malaya....tingkatkan prestasi utk gapai kecermalngan akan datang......kamu semua mmng boleh berjaya.....melangkahlah lebih jauh.....Malaysia memang hebat!!!!
semoga kita berjaya melangkah lebih jauh.....insyaAllah





antara aksi-aksi menarik malaysia menewaskan pakistan
2-0




sebahagian ultras malaya yang memberikan sokongan padu pada anak-anak muda negara

All the best Harimau Malaya



  • Skuad muda negara akan berdepan dengan cabaran dari Pakistan di dalam pusingan pertama pra-kelayakan Sukan Olimpik 2012 pada malam ini.
  • Ia merupakan perlawan pertama timbal balik dimana perlawanan ke-2 akan dia adakan di Pakistan pada 9 March nanti.
  • Diharap pasukan muda negara boleh meneruskan kesinambungan kecemerlangan bolasepak negara akhir-akhir ini dimana kita telah memenangi pingat Emas pada Sukan SEA tahun lalu & yang terbaru menjuarai Piala AFF.
  • Menurut format yang telah ditetapkan oleh AFC, 2 pool pasukan telah dipecahkan berdasarkan ranking.
  • Pool pertama terdiri dari 13 pasukan pilihan yang terdiri dari Australia, Bahrain, China PR, North Korea, South Korea, Iraq, Japan, Lebanon, Qatar, Saudi Arabia, Syria, Uzbekistan & Vietnam.
  • Pool kedua pula terdiri dari 22 buah pasukan iaitu Bangladesh, Chinese Taipei, Hong Kong, India, Indonesia, Iran, Jordan, Kuwait, Kyrgyzstan, Malaysia, Maldives, Myanmar, Oman, Pakistan, Palestine, Singapore, Sri Lanka, Tajikistan, Thailand, Turkmenistan, United Arab Emirates & Yemen.
  • Pada pusingan pra-kelayakan, pasukan-pasukan dari Pool 2 akan bermain dengan salah 1 pasukan dalam pool tersebut secara timbal balik.
  • Pemenang dari pusingan pra-kelayakan akan layak untuk bermain di Pusingan Pertama dan akan bertemu dengan pasukan dari Pool pertama.
  • Ia dijadualkan akan berlangsung pada 19 & 23 June 2011.
  • Pemenang dari Pusingan Pertama akan diundi untuk membentuk 3 kumpulan yang terdiri dari 4 pasukan di dalam 1 kumpulan dan mereka bermain secara liga timbal balik.
  • Ia dijadualkan akan berlangsung pada 21 September 2011, 23 & 27 November 2011, 5 & 22 February 2012 & 14 March 2012.
  • Juara setiap kumpulan akan layak secara automatik ke Sukan Olimpik London 2012.
  • 3 pasukan naib johan setiap kumpulan akan bermain secara play-off liga & akan berlangsung pada 25, 27 & 29 March 2012.
  • Pemenang play-off akan menentang pasukan tangga ke-4 dari benua Africa untuk mendapatkan slot ke Sukan Olimpik.
  • Maka, doa dan laungan semangat kami iringkan kepada pasukan Harimau Muda negara untuk menempuh perjuangan mengembalikan martabat bolasepak negara!!