BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, January 29, 2011

menyegarkan~~~~

2;12 am: hmmm....ar ni pun ssh lg mo tido~~huhu...

tengah2 mlm ni aku mo kongsi resepi terbaek aku...

....................................Milo Ais Tabur................................



firstly:

1- panaskan air
2- milo 4 sudu besar
3- 5 sudu besar susu creamer
4- ais batu secukup rasa

mula2X..masukan milo mengikut cipta rasa tuan2 dan puan2, kemudian campurkan susu creamer sesedap rasa,selepas itu masukkan sedikit air panas dan kaco..tambahkan ais batu mengikut kesukaan kalian..lebih bnyk ais lebih sedop!!!
kemudian taburkan serbuk milo atasnya~~

akhir sekali selamat menjamu selera...
inilah resipi kejayaan ku...ahakkkks!!!!;p

selamat mencuba!!!!!


Friday, January 28, 2011

lepas geram!!!

jam menunjukkan tepat 1:49 am...:))

nampaknye mata ni susah lak nk lelapkan....sudah kebiasaan but jgn selalu x elok tuk kesihatan~~hehehe..itulah selalu my mom pesan..tp tetap gak suka tido lewat~~nk wat cmne mmng ssh tido mlm.....aduh!!!..sgt sunyi...dlm umh semua org dh tido tinggal aku sorang2~~seram nyer!!
nk tgk tv citer x best...pe lagi melaut la kt blog ni sowang2.....x pe lah jom sembang2 kt blog...hmm..ape ea nk coret2 kt blog~~padahal bnyk giler yg bermain dlm kotak fikiran aku ni~~serabut-serabut!!!
boleh pecah lama2 ni......hehee:)) klo ikutkan malas nak pikir tp aku sgt pikir....blurr pun ada jga..whatever lah....dr cakap bnyk tp habuk pun x dak.....
pada aku apa yg terjadi ada hikmahnya~~mungkin itu bukan untuk aku...apa pun aku kene terima...sakit seketika lama2 ok le tu.....walaupun dari sudut hati aku amat berat utk aku laluinya...aku x de lah sekuat mana..lemah..dan sangat2 sensitif....tambah2 bila kita dh mula percaya seseorang itu akhirnya dia musnahkan semuanya....ingat aku ni patung x dak perasaan...mudah nya utk ko tp aku x de pun ko pikirkan....bagi ko aku x de makne ape2 pun dlm hati ko...mcm kayu..lama2 patah dan kau buang....
x pun ko buat macam kayu api..nk guna br amek...x nk guna ko sisihkan....aku x nk menghina tp itulah hakikat...arghhhh!!!!!!mungkin salah aku jga tp x pernah kah ko pikirkan hati dan perasaan aku.....
bila diperlukan ko datang..bila ko ada masalah aku lah tempat ko marah2..tp aku x pernah kata apa2...sentiasa mendengar...sebab aku punya hati yang x sampai ati tgk kwn2 merana~~sedihnya!!!
bego nya aku!!!!



Wednesday, January 26, 2011

hitam & putih

sakitnyer bila sekali lagi bila hati dan perasaan dipermainkan....rasa diri bodoh dan adakah aku ni "dungu";..
nape mudah utk org menjatuhkan aku...........

setiap hari aku rasa hina sgtkah aku ni...org2 senang pijak kepala and wat mcm2 kt aku..oh no!!walaupun dalam hati aku ni ada perasaan marah tp aku x sampai hati nk marah kecuali dlm hati aku ni dah rasa nk meletup baru nk marah~~lembut sgt hati ni..bagi aku wat pe nk gado klo hal yg agak bodoh bg aku...biarkan je ape org nk wat kt aku...aku x pernah nk kaco hidup org~~sbb tu lah org suka sgt amek taw sal aku....

suka bantu org tp akhirnya aku yg x de pape~~bukan nk mengungkit tp itulah yg aku hadapi sekarang...aku x salahkan sesiapa tapi ianya yg berlaku...nape aku!!!
bila ku happy org pun happy ngn aku,bila aku sedih x de spe yg ade kt aq...
senang nk cr org yg ketawa ngn kita, tp ssh nk cr org yg same ngs ngan kita~~

mungkin keberanian x de lg~~org tgk aku ceria tp dlm hati aku x de sape pun yg taw pe yg aku rasa...
indah dr rupe..tp dlm hati hitam bergelora~~cahaya yg aq ada hnya sementera, air mata mengalir x terkira..
pahitnya x terasa;((

Tuesday, January 25, 2011

Bercinta Sampai ke Syurga


Di sini ku berjanji disaksi rembulan
Andainya ku pergi dulu
Jikalau ku pergi dulu
Ku nantimu di pintu syurga
Pasangan yang bercinta, mereka mencari syurga. Mencari bahagia dan kepuasan santapan jiwa. Biar runtuh awan di langit, biar gegar di lantai bumi, lautan api sanggup direnangi. Itulah kuasa cinta. Pengorbanan yang ditawarkan demi sebuah cinta, yang menjanjikan bahagia.
Tiada insan yang sengaja mencari derita. Seperti ikan mencari air, si dahaga mendamba seteguk minum, mata mengantuk mencari bantal, demikianlah setiap insan mengerumuni cinta. Demi sesuatu yang menjanjikan bahagia.
Namun dalam asyiknya manusia bercinta, di kala itu jualah manusia semakin derita. Rumahtangga musnah, hidup berantakan. Tatkala inai masih di jari, anak belum pun sempat berdiri, tiang rumah dan tangga cinta roboh dirempuh badai.
Luar biasa…
Mereka bukan dipaksa menerima. Kahwin itu bukan kahwin dera atau kahwin paksa. Ia adalah cinta sama cinta, suka sama suka. Jika kedua belah pihak sudah saling menerima dan kenal isi kulit pasangan sehati sejiwa, di manakah cacat di manakah celanya hingga hujan tidak sempat menunggu petang?
Bukankah syurga dunia yang dibina itu mahu dilangsungkan hingga ke Syurga Sana?
43_67
Pada hari itu teman-teman akrab setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang perhubungannya berdasarkan Taqwa [al-Dzukhruf 43: 67]
Itulah realitinya.
Bahawa biar sehangat mana pun cinta yang membakar perhubungan dua insan yang berkasih sayang, mereka akan menjadi musuh di antara satu sama lain di padang Mahsyar. Jika dahulunya mereka menolak pertolongan yang ditawarkan demi kebahagiaan sebenar, hari itu mereka pula saling bermusuh dengan permusuhan yang tidak lagi mampu ditolong.
Mengapa cinta menjadi permusuhan?
Apakah yang menguji manusia di Mahsyar hingga pasangan yang akrab menjadi musuh yang saling mementingkan diri?
Sesungguhnya Mahsyar itu mengheret manusia kepada sebuah TEKANAN. Itulah ujian terbesarnya. Segala yang didustakan selama ini terbentang di depan mata. Barulah kelihatan kesan segala perbuatan. Bahawa dunia memang sementara, namun kesan amal berkekalan selamanya. Dan hari Mahsyar itu setiap insan berada di bawah TEKANAN yang maha dahsyat.
Ibu sanggup menggadaikan anak demi untuk menyelamatkan diri.
Dua kekasih sanggup mengorbankan pasangannya demi terbebas dari seksaan yang sedang menanti.
Dalam keadaan yang begitu terdesak dan penuh tekanan, cinta berubah menjadi permusuhan. Dua kekasih saling menyerang pasangan masing-masing, mementingkan diri, demi sebuah keselamatan.
Kecuali manusia bertaqwa.
Wahai pasangan yang bermadu kasih, ingatkah kalian pada khutbah yang mengiringi lafaz AKU TERIMA NIKAHNYA suatu hari dahulu?  Tiga ayat yang dibacakan kepadamu, segalanya berbicara tentang TAQWA.
khutbahnikah
Pesan itu adalah pesan Tuhanmu. Pesan yang disampaikan di lisan Nabimu. Pesan yang diperpanjangkan kepada khutbah nikahmu. Bahawa tiada bahagia tanpa taqwa. Hanya derita pemusnah cinta, manusia tersungkur di pantai derita, meneguk neraka dunia sebelum Neraka di Sana.
Neraka dunia yang menghancurkan bahagia datang bersama tekanan. Ujian yang amat menghimpit beban. Soal anak, soal pekerjaan, soal keinginan, soal ketidakpuasan, soal kemahuan, soal kesangsian. Rumahtangga yang belayar di tasik madu, menjelang senja dihiris sembilu.
“Lepaskan saya. Saya sudah tidak sanggup lagi,” bentak isteri yang terbeban oleh tekanan perasaan.
“Sabarlah isteriku. Mari duduk mencari petunjuk,” pujuk suami dengan linangan air mata.
Anak-anak menggeletar terperosok di sudut gementar. Melihat ayah dan ibu bergaduh cakar mencakar.
“Bukankah kami hadir kerana cintamu?” bisik si anak kepada hatinya, merayu kepada Tuhan agar mendamaikan sepasang insan tempat dirinya berpaut hidup.
“Sudah-sudah. Tidak perlu dibincang-bincangkan lagi. Lepaskan saya. Hantarkan saya balik ke rumah emak di kampung!” si isteri terus mengamuk.
“Bagaimana dengan anak-anak kita?” suami merenung wajah anak-anak yang kebingungan. Terasa hangat pipi dihujani hiba.
“Semuanya salah abang. Sudah berapa kali saya beri peluang. Abang masih tidak berubah. Abang bekerja untuk keluarga, hingga hancur keluarga. Kalau selama ini kami bahagia tanpa abang, kenapa perlu lagi saya menderita menanti abang. Saya ada cita-cita sendiri!” si isteri mengesat wajahnya dengan lengan. Kata-katanya penuh simpang siur perasaan. Tidak pasti apa yang dimahukan.
Kecuali sebuah penceraian…
Suatu hari nanti
Kau akan tahu sucinya cintaku
Kau akan menyesal
Dan kau sebut namaku selalu
Suatu masa nanti
Kan terhurai segala rahsia
Bahawa cintaku kepadamu
Abadi selamanya
Kau akan menangis
Menatap gambarku
Gambar-gambar kita
Pasangan yang istimewa
Oleh itu kasih
Janganlah terburu
Jangan ikut rasa
Kelak jiwa kan merana
Perkara yang kecil
Jangan suka dibesar-besarkan
Perkara yang samar
Jangan pula dibenar-benarkan
Usahlah dibunuh
Kecintaan ini
Biarkan bersemi
Sampai kekal dan abadi
Lagu dan Lirik: Suhaimi Mior Hassan
Tekanan bukan sahaja menjadikan seorang kekasih memusuhi kekasihnya di Akhirat, bahkan tekanan itu juga menghilangkan cinta tatkala menempuh kehidupan dunia. Hingga tidak sempat-sempat menuju penceraian, semata-mata ingin lari daripada sebuah tekanan.
Itulah yang banyak berlaku hari ini.
Pelik sekali, setelah ghairah bercinta kita melangkah ke alam rumahtangga. Belum sempat anak membesar bergegas pula menuju penceraian. Dan janggal sekali, selepas bercerai barulah timbulnya damai. Boleh keluar makan bersama, boleh bergilir melayan anak-anak. Suami isteri payah serasi, biar sekadar teman yang mesra. Semuanya kerana gagalnya manusia, menguruskan tekanan, realiti kehidupan.
Justeru wahai insan yang mabuk cinta, siasatlah benang yang menyulam kasihmu. Apakah ia sebuah taqwa, atau cinta buta yang tidak berpijak di bumi nyata?  Sesungguhnya cinta yang tidak bersendikan taqwa adalah cinta yang berakhir dengan permusuhan. Jika tidak di neraka dunia, pastinya Neraka abadi di alam Sana.
43_67i
“… kecuali orang-orang yang bertaqwa” [al-Dzukhruf 43: 67]
43_68-70
“(Mereka diberi penghormatan serta diseru oleh Allah Taala dengan firman-Nya): “Wahai hamba-hambaku! Pada hari ini kamu tidak akan merasai sebarang kebimbangan dan kamu pula tidak akan berdukacita. (Mereka itu ialah) orang-orang yang beriman akan ayat-ayat keterangan Kami, serta mereka menjadi orang-orang Islam yang taat patuh.(Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan dikatakan kepada mereka): “Masuklah kamu ke dalam syurga bersama-sama isteri-isteri kamu, dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan” [al-Dzukhruf 43: 68-70]
Tidak mungkin Syurga di Akhirat menjadi habuan kita, andai dunia bersalut neraka. Dunia ladang Akhirat, apa yang disemai pada hidup yang sementara ini, itulah tuaian di Akhirat yang kekal abadi.
Berjuanglah berbekalkan taqwa untuk mengharungi epilog sebuah cinta, hingga terkecap syurga dunia.
Berjuanglah sampai mengecap bahagia perjuangan, rumahku syurgaku, baiti jannati
Kejayaan bukan sebuah destinasi, ia adalah sebuah perjalanan.
Bercintalah sampai ke Syurga, wahai dua insan bercinta.

.:: Bila Tanpa Mu ::..

HATI
hatiku..mengapa kau begini?
hatiku binggung
hatiku keliru
arah mana patut dipilih
antara rasa dan pendirian
mengapakah jadi begini

hatiku kini bukan padaku
dibawa pergi dan dicuri tanpa ku sedar
meninggakan ku dengan seribu persoalan

hatiku, bantulah aku...
kembalilah padaku jika kau rasa dia bukan untukku
namun,
jika kau rasa dia ditakdirkan bersamaku
janganlah kau tinggal kan aku...
bawalah aku bersamamu
untuk merasa nikmat bahagia..
.:: Bila Tanpa Mu ::..



sepi yang beralun bagai irama
mengiringi kerinduanku bagai senikata
kubercanda sendirian dengan kerlipan bintang
berbisik sayu di angin lalu
terusiklah hatiku saat berjauhan darimu…

sinar purnama yang melimpah indah
tidak seindah budiku…
harumnya bunga yang sedang mekar
tidak seharum dan semekar kasihmu…
mahalnya sebutir permata yang berkilau
tidak semahal pengorbananmu
segalanya begitu berharga
kerana kau membuat diriku merasa dihargai…

bila tanpamu… semakin kusedari
kaulah yang istimewa untukku
kerana membuatku merasa istimewa…


Friday, January 21, 2011

Kebahagiaan Dalam Perpisahan(KDP)

Tidak Semestinya Perpisahan Itu Bukannya 1 Jalan Terbaik..Andai Sudah Tiada Keserasian..Andai Sudah Hati Berubah..Andai Sudah Tiada Hati..Andai Kalau Bersama Secara Paksa Yang Menyebabkan Semua Pihak Terluka..Lebih Baik Pilih Jalan Untuk Berpisah kerana Dalam 1 Kapal Tidak Boleh Mempunyai 2 Nakhoda begitu Juga Dgn CINTA TIDAK BOLEH DI... PAKSA. Itulah Kebahagiaan Dalam Perpisahan.

untuk kebaikan masing-masing mungkin perpisahan lebih baik~~
dari hati masing-masing disakiti dan dilukai....walaupun berat dan hati ada lagi kasih dan sayang tapi itu jalan yg terbaik..x de niat dalam hati untuk berpisah dengan dirimu..namun dalam hubungan hati dan perasaan x boleh nak dipaksa....mungkin ada yang lebih baik utk dirimu~~
aku pergi utk kebahagiaan dirimu...tp dalm hatiku hanya kamu itu yang pasti....

.Aku Tidak Mampu Untuk Mengubah Hati Aku.. Kerana Aku Bukan Jenis Yang Terlalu Cepat Berubah Hati Dan Senang Senang Membuang Insan Yang Penting Yang Berada & Pernah Berada Dalam Hati Aku.. Maafkan Aku Jika Aku Terus Mempertahankan Perasaan Cinta, kasih & Sayangku Hanya Untukmu Seorang Sehingga Kini.

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih

Chorus
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

Ulang Chorus

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Kebahagiaan dalam perpisahan






Tuesday, January 11, 2011

oRang-orang disekeliling~~

hmm....memang akan letih bilo soalan sama je yg dtg hari2....bukan susah nk g tahu...tp pe yg kita alami x mudah org nk pham......ada pro and contra~~x semua boleh terima ape yg kite cakap....normal la kan.....

tp klo cckpkn pun x pnh de respon lg skit at~~
ade yg pandang rendah~~huhuhu..x cakap kte x bg tahu..tu yg ssh sikit....
pening2*_*

itulah kehidupan penuh ngan warna warni.....penuh suka, penuh duka..........org x rasa ape yg kita rasa....x semua yg memahami...tp itu bukan penghalang utk aku teruskan kehidupan ini....masih panjang utk ak lalui....mungkin apa yang terjadi ada hikmah disebaliknya....aqu redha dan pasrah atas apa yg berlaku...kini masa utk ak buktikan sebaliknya..biarlah apa org yg nk cakap yg penting aqu tau apa yg baik dan buruk utk aqu....mulut org kita boleh nk tutup..biarlah selagi boleh bercakap...yg aku tahu,aku x pernah nk kaco hidup org-org tersebut....

kita x boleh nk memuaskan hati org.....bila senang org suka bilo susah org x pernah nk amek tau pun..... apa yg penting aku terus berlari kehadapan.....mungkin ini liku2 sepanjang perjalanan utk aku terus kuat dan tabah menghadapi sebarang rintangan masa hadapan......

alhamdulillah aku sentiasa bersyukur dengan kekuatan yg ada dlm diri ini....
:))



Monday, January 10, 2011

New Book's~~


kadang-kadang hidup ni x pernah kita jangka~~adakala gembira,suka,sedih,rasa nk gila pun ada jga....hmm~~tp setiap yg berlaku itu semuanya dh tertulis....kita sbgai hambanya harus reda setip yg terjadi pasti ade hikmahnye~~mungkin kali ini bukan rezeki aku~~aqu harap keputusan aqu ni baik untuk ak pada masa hadapan~~semuanya dh berlaku dan tak boleh lagi nk patah balik~~
hmm~~anyway dimana2 ada rezeki yg penting aqu tak mudah mengalah~~
aku ingin mencari sesuatu yg baru~~new life and new spirit~~

mungkin ini sedikit ujian dr Tuhan berikan utk ak~~aqu terima dan bersyukur coz ada jln utk aku
~~
Disisimu aque tenang,disisimu aku gembira,disisimu aque bahagia^_^
Ya Allah,aku pohon petunjuk darimu~~