BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, October 2, 2011

'Awek' Zaman Sekarang


 Zaman sekarang bukan main mudah nak dapat 'awek'. Umpama petik jari sahaja dah boleh dapat. Masakan tidak? Kenyit-kenyit mata sikit, bomkan ayat-ayat cinta sikit, 'confirm' dah boleh dapat.
Zaman sekarang bukan main mudah untuk dapat 'awek muslimah'. Mungkin tidak semudah petik jari tetapi kalau bijak bermain kata, cuba ucapkan ayat-ayat berbaur keinsafan sikit, tunjuk gaya penampilan yang nampak alim sikit, ucapkan kata-kata tazkirah 'confirm' dah boleh dapat.
Haih! Inilah yang terjadi apabila terlalu kerap disajikan program-program televisyen (drama/ realiti tv/ filem) yang konon-konon berbentuk keagamaan tetapi banyak yang tidak mengikut syariat.
Bagaimana boleh watak seorang ustaz dipaparkan sedang bercinta dengan seorang wanita 'alim'?  Dan bagaimana pula sekumpulan pelajar Mesir yang ditunjukkan dalam sebuah drama pergi melancong berempat (dua lelaki dan dua perempuan) bersama-sama seolah-olah mereka tidak tahu bahawa perkara-perkara begitu boleh menimbulkan fitnah? (kerana bukan urusan penting)
Patutlah segelintir remaja yang tidak memahami konsep bercinta 'cintun' menganggap bahawa 'couple' itu dibenarkan dalam Islam asalkan tidak pegang tangan dan bersentuhan cukuplah untuk perkara itu menjadi halal.
Tetapi, zaman sekarang bukan main payah untuk kita jumpa dan miliki hati Muslimah Mujahidah Solehah, kerana mereka ini bukan sebarang wanita.
Mereka ialah wanita-wanita yang berpegang pada prinsip hidup! Bagi mereka ketegasan terhadap kaum Adam itu adalah satu mutiara dalam hidup mereka, sifat manja (gedik) terhadap kaum adam yang ajnabi langsung tidak akan wujud dalam diri mereka!
Inilah contoh Muslimah Mujahidah Solehah! Jadi, wahai kaum hawa buatlah pilihan untuk berada di golongan wanita yang bagaimana. Saya yakin! Anda sudah mampu berfikir yang baik dan buruk tentang sesuatu perkara.

Saturday, August 20, 2011

LailatulQadar di 10 Malam Terakhir


“Dimalam itu (Lailatul Qadr) malaikat dan ruh turun dengan izin Tuhan mereka …” (Al-Quran). Pernah dimalam itu Al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia, Baitul Izzah. ...

Ramadan 1429H/2008M semakin berakhir. Mukmin sejati semakin menggiatkan ibadah mereka khususnya di seluruh 10 malam terakhirnya, yakin pahala di salah satu dari malam-malam tersebut digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan! Itulah malam Lailatul Qadar. Pada 10 malam tersebut, demi berebut untuk mendapatkannya, Rasulullah saw mengasingkan dirinya dari isteri-isterinya, beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, beribadah dan bermunajat kepada Allah swt sambil diikuti oleh para Sahabat ra.
Firman Allah swt bermaksud, “Sesungguhnya Kami menurunkan (Al-Quran) dalam malam Lailatul Qadr. Tahukah kamu apa itu malam Lailatul Qadr. Malam Lailatul Qadr lebih baik dari 1000 bulan. Malaikat dan ruh turun pada malam itu dengan izin Tuhan mereka dalam semua urusan. Salam (sejahtera) malam tersebut hingga naik fajar” (Al-Quran).
Diantara ibadah-ibadah yang boleh dilakukan semasa Qiyamullail di malamnya dan Iktikaf di siangnya ialah puasa fardhu, berbuka, solat Tarawih, tilawah Al-Quran, berdoa, zikir, istighfar, memuhasabah diri, merancang untuk amalan diri, keluarga dan Dakwah dan sebagainya.
Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadr :
  1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata, tidak untuk kesibukan lain.
  2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan  kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah swt dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk “Hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera” (Al-Quran).
  3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk Iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah Iktikaf dan Qiyamullail 10 Malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.
  4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.
  5. Jika anda bekerja dibawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu 27/9/2008 dan Ahad 28/9/2008.
  6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.
  7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal, sebelum 10 Malam Terakhir, agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.
  8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai kearah perubahan tersebut.
Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Ameen.
“Sesiapa yang tidak peduli urusan umat Islam, dia bukan dari kalangan mereka” (Hadis)

Tuesday, August 16, 2011

"Selamat Menyambut NUZUL AL-QURAN"


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakauh..Selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.

Peristiwa nuzul Al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada kita hari ini.

Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW.
Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAWmaka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia Al-Quran.‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya.
Kalimah Al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘Al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘Al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan Al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam Al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam Al-Quran.Firman Allah yang bermaksud :

"Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am 6:38)

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan Al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat Al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." (Al-Alaq 96:1-5)
Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul Al-Quran Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul Al-Quran? Sebenarnya Al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranyaFirman Allah SWT maksudnya :
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!."
(Al-Qadr 97:1-5)
Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.PanduanDari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:
PERTAMA - Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam Al-Quran
KEDUA - Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.
KETIGA - Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.
Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam Al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundanganpendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam Al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.Manakala penurunan Al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu.
Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.
Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.
Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan.

Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.Kesimpulan Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul Al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat Al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya.



Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca Al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ Al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam Al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan.

Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).
Wallahu A'lam..

Friday, July 8, 2011

Harapan wanita kepada teman lelakinya....



Wahai seseorang yang telah tertulis dalam lauhul mahfudzku,imam ku dan ayah dari anak-anakku, engkau yg membersamai perjalananku nanti...

♥ Aku percaya kau sedang memperbaiki dirimu, memantaskan dirimu tuk menjadi imam bagi tulang rusukmu dan buah hatimu kelak. 

♥ Aku percaya kau sedang menempa dirimu dalam beribu cobaan dengan menelantarkan dirimu sendiri pada medan dakwah dan masalah ummat… mencampakkan jauh egomu, membaktikan dirimu tuk ummat. 

♥ Aku percaya kau sedang mengkaji, kau sedang belajar, belajar ilmu dunia dan ilmu akhirat, yang akan kau gunakan dalam mendidikku dan buah hati kita nanti. 

♥ Aku percaya Al-Qur'an selalu ada dalam hatimu, selalu terucap dari bibirmu dan dzikir slalu melantun menemani langkah jihadmu. 

♥ Aku percaya kau sedang menundukkan pandanganmu, menjaga hatimu dan mencampakkan hawa nafsumu. 

♥ Aku percaya kau sudah merancang hidupmu, hidup kita, keluarga kita, nantinya juga untuk dakwah, untuk ummat, dan hanya karnaNya. 

♥ Aku percaya, kau sedang memantaskan diri dan terus memperbaiki diri dsana, di belahan bumi manapun kau berada. 

Dan harapan wanita kepada dirinya sendiri....

♥ Aku pun begitu sayang 

♥ Aku sedang belajar… belajar menempa diri, menjauhkan egoku demi ummat, membaktikan diriku untuk orang lain,agar baktiku padamu pun sempurna. 

♥ Aku sedang belajar, meniti dakwahku, meniti cita-cita duniaku, meniti cita-cita akhiratku, agar kelak keluarga islami dan kluarga Qur’ani yg aq inginkan nanti dapat kubangun bersamamu… karna kau tahu? meskipun kau imamku, ibu adalah madrasah pertama bagi mujahidah kecilnya nanti. 

♥ Aku sedang belajar menjaga diri, menjaga pandangan dan hatiku, agar ketika kau memiliki hati ini, hati ini masih utuh sempurna hanya untukmu. 

♥Aku sedang menempa diri, untuk menjadi seorang Khadijah untukmu,yang menjadi tempatmu membagi resah… seseorang yang kau datang padanya, saat kau tak tahu lagi akan datang pada siapa… seseorang yang menguatkanmu dan menggenggam slalu tanganmu dalam perjalanan jihadmu. 

♥ Akupun ingin menjadi ‘aisyahmu, seorang yang membuatmu tersenyum dan kembali ceria saat penatmu mulai datang,seorang yang menyerap ilmu darimu dengan sempurna dan membenarkan apa-apa yang salah dalam lakumu, seseorang yang mencintaimu dengan cemburunya, namun kau rasakan sakitnya, saat ia tersakiti, hingga kau katakan pada yg lain “janganlah kau sakiti aku dengan cara menyakti ‘aisyah”. 

♥ Aku ingin menjadi fatimah, yang tak kau bagi cintamu pada yang lain.. bukan karna aku tak percaya kau tidak dapat berlaku adil, tapi karna aku ingin mencintaimu dengan sempurna,tanpa diganggu oleh cemburuku, itu saja. 

♥ Tak kalah lagi, aku ingin menjadi seperti ibunda hajar, yang tak gentar saat kau tinggalkan di padang pasir tandus dengan seorang bayi dipelukan.. tak takut akan kehilanganmu, kerana keyakinanku pada Rabbku lebih besar daripada yakinku padamu cintaku padamu,tak akan mengalahkan cintaku pada Rabbku… usahaku ini tidak mudah sayang, begitupun usahamu.. kuyakin itu.. maka tetaplah dalam jihadmu.. tetaplah dalam usahamu.. tetaplah dalam ikhiarmu… aku yakin kau kuat disana, dan doakanlah agar akupun kuat dsni dalam jihad dan ikhtiarku,bawalah aku dalam tiap doa dan sujudmu, kumohon karna doa yg dapat menolongku hingga saatnya, kita bertemu dalam ikatan suci menyempurnakan separuh dien dan kita akan melanjutkan jihad kita bersama dan nanti.. terimalah aku apa adanya jika aku belum bisa mejadi khadijahmu, ‘aisyahmu atau bahkan menjadi seperti ibunda hajar tapi bimbinglah aku menjadi seperti mereka dan kita bimbing bersama mujahid muda kita nanti tuk melanjutkan perjuangan dakwah ini… teruntukmu yang ada disana,kuatlah..dan bersabarlah bawalah aku dalam doa dan sujudmu, agar cinta kita nanti, hanya karnaNya…aamiin,♥

Tuesday, May 10, 2011

To : "BONDA"



♥♥♥RUSINA BINTI ABU BAKAR: mak adalah yg terbaik dlm hidup ini.......jasamu x dpt kubls dgn segala2nya.........u always in my heart....aishiteru mak♥♥♥

'The Best Drama"


ASMARA 2 masih menampilkan Shahz Jaszle (Asmara), Faezah Elai (Zaliya), Faralyna Idris (Melati), Fize Elite (Tria), Dian P.Ramlee, Fauziah Nawi, Rahim Jelani dan turut memperkenalkan watak baru lakonan Fezrul Khan (Ferhad), Marsha Londoh (Zira), Hairul Azreen (Fikri) dan Marisa Yasmin (Noreen). 


Terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd, drama 13 episod ini mendapat sentuhan kreatif daripada sutradara Heykal Hanafiah. Lanjutan daripada musim lalu, Asmara seperti kehilangan semangat dan menjadi murung. Nek Mah sentiasa mengingatkan Asmara tentang tanggungjawabnya kepada Adam (anak Zaliya). Zaliya yang dianggap sudah meninggal dunia sebenarnya berada dalam koma kerana Sahlan sengaja menyembunyikannya daripada pengetahuan Asmara. Sahlan mahu menyingkir Asmara daripada kehidupan Zaliya buat selama-lamanya dan enggan mengakui Adam sebagai cucunya. 

Selepas tiga bulan, Asmara mengambil keputusan untuk mengahwini Melati atas desakan semua dan demi Adam. Pada hari perkahwinan Asmara dengan Melati, Zaliya sedar dari koma. Zaliya kecewa kerana Asmara menganggapnya sudah mati dan anaknya kini dalam jagaan Asmara. Zaliya memulakan kehidupan baru dengan semangat positif atas bantuan kakaknya, Tria. 

Asmara sibuk menguruskan syarikat ayahnya namun tidak disenangi oleh adik-adik tirinya, Fikri dan Zira. Mereka menganggap Asmara sebagai musuh yang mahu membolot harta. Melati pula menyambung pelajaran di peringkat Sarjana. Melati bertembung dengan Zaliya tetapi Zaliya memperkenalkan diri sebagai Suhana. Zaliya tidak dapat mengawal perasaan diri daripada mengintip kehidupan Asmara dan Melati. 

Tria berkenalan dengan Ferhad (Fezrul Khan), seorang pemuda yang baru balik ke Malaysia selepas tinggal di luar negara selama 20 tahun. Ferhad mendampingi keluarga Tria termasuk Zaliya untuk mendapatkan maklumat Adam. Rupa-rupanya Ferhad ialah abang kepada Raziq dan merancang untuk membunuh Adam selepas ayahnya mewariskan harta kepada Adam. 

Asmara terserempak dengan Zaliya tetapi Zaliya berjaya menyembunyikan rahsianya. Sejak itu, fikiran Asmara terganggu kerana wajah Suhana saling tidak tumpah seperti Zaliya. Melati yang kini sudah hamil sedar bahawa Asmara masih mencintai Zaliya. Masing-masing sengsara dengan perasaan cinta, cemburu dan prasangka tanpa menyedari muslihat Ferhad yang akan membahayakan nyawal si kecil yang tidak berdosa. Apakah Zaliya akan berterus-terang dengan Asmara? Masih adakah peluang kedua bagi Asmara dan Zaliya? 

Jangan ketinggalan untuk menonton ASMARA 2 di slot Lestary, setiap hari Selasa jam 9.00malam mulai 8 Mac 2011, hanya di TV3. Ketahuilah kesudahan kisah cinta tiga segi antara Asmara, Zaliya dan Melati.


p/s: every tuesday I always menanti depan kaca tv....for melihat pelakon2 asmara dr series 1&2 sblm ini....citer die best sgt......

Monday, April 11, 2011

CAN'T LET YOU GO EVEN I DIE LYRICS





Eoryeodo apeun geon ttok gata
Sesangeul jal moreundago apeungeol moreujin anha

Gwaenchana jil georago wae geojitmareul hae
Ireohke apeun gaseumi eotteohke shwipge natgesseo
Neo eobshi eotteohke salgesseo geuraeseo nan
Jugeodo mot bonae naega eotteohke neol bonae
Garyeo geodeun tteonaryeo geodeun nae gaseum gochyeo nae
Apeuji anhke na saragal surado itge
Andwindamyeon eochapi ussal geo
Jugeodo mot bonae

Amuri niga nal milchyeodo kkeutkkaji butjabeul geoya
Eodido gaji mothage
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/0-9/2am/cant_let_you_go_even_i_die.html ]
Jeongmal gal georamyeon geojitmareul hae
Naeil dashi manna jago useu myeonseo bojago
He eojijan mareul nong damirago animyeon nan




Jugeodo mot bonae naega eotteohke neol bonae
Garyeo geodeun tteonaryeo geodeun nae gaseum gochyeo nae
Apeuji anhke na saragal surado itge
Andwindamyeon eochapi ussal geo
Jugeodo mot bonae

Geu manheun shiganeul hamkke gyeokkeot neunde
Ijewa eotteohke honja sallan geoya
Geureohken mothae nan mothae

Jugeodo mot bonae, jeong mallo mot bonae, naega eotteohke neol bonae
Garyeo geodeun tteonaryeo geodeun nae gaseum gochyeo nae
Apeuji anhke na saragal surado itge
Andwin damyeon eochapi mossal geo
Jugeodo mot bonae




my hottest oppa~~





Wednesday, February 23, 2011

Pra Kelayakan OLIMPIK 2012

bravoo harimau malaya....tingkatkan prestasi utk gapai kecermalngan akan datang......kamu semua mmng boleh berjaya.....melangkahlah lebih jauh.....Malaysia memang hebat!!!!
semoga kita berjaya melangkah lebih jauh.....insyaAllah





antara aksi-aksi menarik malaysia menewaskan pakistan
2-0




sebahagian ultras malaya yang memberikan sokongan padu pada anak-anak muda negara

All the best Harimau Malaya



  • Skuad muda negara akan berdepan dengan cabaran dari Pakistan di dalam pusingan pertama pra-kelayakan Sukan Olimpik 2012 pada malam ini.
  • Ia merupakan perlawan pertama timbal balik dimana perlawanan ke-2 akan dia adakan di Pakistan pada 9 March nanti.
  • Diharap pasukan muda negara boleh meneruskan kesinambungan kecemerlangan bolasepak negara akhir-akhir ini dimana kita telah memenangi pingat Emas pada Sukan SEA tahun lalu & yang terbaru menjuarai Piala AFF.
  • Menurut format yang telah ditetapkan oleh AFC, 2 pool pasukan telah dipecahkan berdasarkan ranking.
  • Pool pertama terdiri dari 13 pasukan pilihan yang terdiri dari Australia, Bahrain, China PR, North Korea, South Korea, Iraq, Japan, Lebanon, Qatar, Saudi Arabia, Syria, Uzbekistan & Vietnam.
  • Pool kedua pula terdiri dari 22 buah pasukan iaitu Bangladesh, Chinese Taipei, Hong Kong, India, Indonesia, Iran, Jordan, Kuwait, Kyrgyzstan, Malaysia, Maldives, Myanmar, Oman, Pakistan, Palestine, Singapore, Sri Lanka, Tajikistan, Thailand, Turkmenistan, United Arab Emirates & Yemen.
  • Pada pusingan pra-kelayakan, pasukan-pasukan dari Pool 2 akan bermain dengan salah 1 pasukan dalam pool tersebut secara timbal balik.
  • Pemenang dari pusingan pra-kelayakan akan layak untuk bermain di Pusingan Pertama dan akan bertemu dengan pasukan dari Pool pertama.
  • Ia dijadualkan akan berlangsung pada 19 & 23 June 2011.
  • Pemenang dari Pusingan Pertama akan diundi untuk membentuk 3 kumpulan yang terdiri dari 4 pasukan di dalam 1 kumpulan dan mereka bermain secara liga timbal balik.
  • Ia dijadualkan akan berlangsung pada 21 September 2011, 23 & 27 November 2011, 5 & 22 February 2012 & 14 March 2012.
  • Juara setiap kumpulan akan layak secara automatik ke Sukan Olimpik London 2012.
  • 3 pasukan naib johan setiap kumpulan akan bermain secara play-off liga & akan berlangsung pada 25, 27 & 29 March 2012.
  • Pemenang play-off akan menentang pasukan tangga ke-4 dari benua Africa untuk mendapatkan slot ke Sukan Olimpik.
  • Maka, doa dan laungan semangat kami iringkan kepada pasukan Harimau Muda negara untuk menempuh perjuangan mengembalikan martabat bolasepak negara!!

Sunday, February 20, 2011

.: WANITA IBARAT RAMA RAMA :.



Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya.
Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.
Cintu adalah buta…cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain.
Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.
Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA .
Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..
Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas oang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalahsepenuh hati. Namun janganletakkan harapan terlalu tinggi.
Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan.
Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….
Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah

Friday, February 18, 2011

Gerbang Cinta

Jom kongsi citer.....hmmm..terima kasih kawan2 yg x henti2 invite aq kt majlis korang.....aq kt sini tumpang gembira tgk korang semua....nmpknyer kwn2 aq x lme g....akn ke mula dlm sebuah kehidupan rumahtangga,and ade yg menjadi tuanangan org.....semoga berbahagia and sentiasa dilimpahi keceriaan dlm kehidupan korang2 semua....sorang-demi sorang kwn2 baik ak akhirnya menemui kebahagiaan yg mereka cari alhamdulillah,nmpknye impian korang datang dahulu.....teringat aku dulu kita pernah sama2 pasang impian dan angan-angan.....sungguhpun korang dulu...aku tetap gembira....dan bahagia...harap2 impian aku suatu hari tercapai juga......

Temanku,
semoga kawan2 ku ini menjadi isteri/suami dan tunangan terbaik kpd pasangan masing2....bahagia disamping tersayang,dan hidup dlm kekeluargaan yg harmoni.dunia akhirat...semoga jodoh kamu semua berpanjangan hingga ke akhir hayat.....

insyaAllah yg menjemput tu klo de rezeki aku akn meraikannya ngn korang semua di hari bersejarah korang...
sebagai temanmu aku mendoakan yg terbaik buat kawan2 ku dunia akhirat...

arap2 korang semua x kan lupa kawan mu yang single mingle ni lg.....hehehe..
"Selamat Pengantin Baru and Selamat Bertunang"




mutiara cinta dan kasih sayang

Bibirku tak akan pernah mengatakan "aku cinta kamu"
Aku juga takan pernah ingin mendengar kamu mengatakan kepadaku "aku cinta kamu"
Biarlah hati kita yang saling mengatakanya
Biarlah hati kita yang saling mendengarnya
Karena hati tak pernah berdusta
Karena bibir tak akan pernah mampu untuk mengungkapkan cinta sejati kita
Karena bibir lebih sering berdusta terhadap perasaan manusia

Cinta adalah percikan kasih Illahi di dalam perasaan hati insani kita...
Dia akan bergetar dan terhubung sendiri dalam diri dan hati kita masing-masing....
Tak perlu dikatakan...dan tak untuk di katakan...


Kamu adalah bagian dari hatiku
Maka aku tidak ingin mencintai orang lain
Karena aku mengerti dirimu
Seperti aku mengerti rasa yang ada didalam hatiku

Semua aku ingin lakukan untuk memiliki dan menjagamu
Karena kamu adalah bagian dari hidupku
Dan aku ingin kau selalu bersamaku sampai kapanpun
Karena perasaan hati kita telah menyatu dan tak bisa dipisahkan

Jika suatu saat kamu mengkhianati cintaku ...
Maka aku tak akan menyesalkan dirimu
Tapi akau akan sangat bersedih....
Karena aku sangat bodoh dan tuli sampai tak mampu mendengar suara hatiku....
Dan aku akan kembali berusaha mendengarkan suara-suara cinta dari dalam hatiku...
Sampai aku bisa mendengarnya dengan jelas sekali.

Thursday, February 17, 2011

The Most Pleasing Five Letter Word

"SMILE"

That it is He Who granteth Laughter and Tears;

Keep It

[Surah al-Najm 53:43] happy.gif


The Fastest Spreading Six-Letter Word

"RUMOUR"

O ye who believe! Avoid suspicion as much (as possible):
for suspicion in some cases is a sin:
And spy not on each other behind their backs.
Would any of you like to eat the flesh of his dead brother?
Nay, ye would abhor it...But fear Allah: For Allah is Oft-Returning, Most Merciful.

Ignore It

[Surah al-Hujurat 49:12]


The Hardest Working Seven Letter Word

"SUCCESS"

By men whom neither traffic nor merchandise can divert from the Remembrance of Allah,
nor from regular Prayer, nor from the practice of regular Charity:
Their (only) fear is for the Day when hearts and eyes will be transformed (in a world wholly new),-

That Allah may reward them according to the best of their deeds,
and add even more for them out of His Grace:
for Allah doth provide for those whom He will, without measure.


Achieve It

[Surah al-Nur 24:37-38]



The Most Enviable Eight-Letter Word

"JEALOUSY"

They said: "Truly Joseph and his brother are loved more by our father than we:
But we are a goodly body! really our father is obviously wandering (in his mind)!

"Slay ye Joseph or cast him out to some (unknown) land,
that so the favour of your father may be given to you alone:
(there will be time enough) for you to be righteous after that!"

Distance It

[Surah Yusuf 12:8-9]



The Most Powerful Nine-Letter Word

"KNOWLEDGE"

By the Qur'an, full of Wisdom,-

We have sent it down as an Arabic Qur'an, in order that ye may learn wisdom.


Acquire It
(of Allah & the Holy Qu'ran)

[Surah Ya Sin 36:2]

[Surah Yusuf 12:2]



The Most Essential Ten-Letter Word

"CONFIDENCE"

Those who believe, and work righteousness,-
their Lord will guide them because of their faith:
beneath them will flow rivers in gardens of bliss.

Say: "Nothing will happen to us except what Allah has decreed for us:
He is our protector": and on Allah let the Believers put their trust.


Trust It
(Trust in Allah's Guidance)

[Surah Yunus 10: 9]

[Surah al-Tawbah 9:51]




Whoever does not thank people, does not thank God.
- Muhammad (salAllahu alayhi wasalam)


[at-Tirmidhi, Hadith 897] 
Alhamdulillah happy.gifhappy.gif

Monday, February 14, 2011

Dewi Aleeya

Terbaik Dari ladang....black ur voice mmng da bom!!!meruntun kalbu dgr sore black nyanyi lagu ni....dituju utk semua wahai dewi2 di luar sana.......lirik dia pun puitis sgt....:D


Apabila jendela terbuka
Terbongkar segala rahsia
Betapa indah semua
Kewujudan yang tercipta
Senyummu Dewi Aleeya
Indah nan mempersona
Sanggup ku telan selaut bara

Ku tak menghiraukan
Apa tohmahan terhadap dirinya
Ku yakin percaya
Kerana ku tahu kau dewi hatiku

Korus
Kau Dewi Aleeya
Tiada duanya
Hanya kau yang satu
Kau Dewi Aleeya
Dambakan selalu
Penyeri di istanaku

< nak dgr lagu boleh klik link dibawah>
ada class ar black...4 1/2 bintang saya kasi........<<3>>

Friday, February 4, 2011

""deik-detik kehidupan"

sebagai manusia kebahagiaan itu datang bila kesempurnaan dimiliki...kepuasan yang dicari dan bila adanya orang-orang tersayang disisi....
hidup ini seperti roda,putarannya mencorakkan waktu dalam hidup ini bergerak x de yg tertinggal walaupun sesaat...
arus kehidupan sentiasa positif dan negatif...sebab itu kita perlu berfikir secara rasional...kita manusia biasa..
dalam putaran waktu sentiasalah berubah demi kebaikan untuk lebih baik dr sebelumya....
nothing impossible...ada tekad and usaha..insyaallah semuanya dipermudahkan...






bersyukurlah nikmat dan diberi....hargai diri dan waktu hidup ini didunia dgn perkara2 yg baik...agar x merugikan diri kita sendiri....
belive and percaya kita semua x de yg x elok...semuanya ada kelebihan masing2...

sinarilah "nur" dalam hati agar kita lebih positif.....nur yang hadir umpama lampu yang menyinari agar kita x pernah gelap dlm kehidupan ini....

Thursday, February 3, 2011

Korean • .¸¸❤¸¸.•fanatik

 chae-kyong

kim bun


 lee joon gi



bi rain


song hye kyo




jung yong hwa

big fan's.....suka tonton drama2 korea...best sgt..interesting and sgt2 cool....tengok berkali2 pun still seronok g....citer pun mantop...A++++